Salam sejahtera...
Dari Kajang ke Sg Besar (rumah mertua)...
07.30 pagi..
Kami sekeluarga dan adik ipar aku bergerak dari rumah.
Tiba di Lumut.
Untuk pengetahuan korang, jambatan Batu 5, Hutan Melintang ditutup sejak Ogos (klu x silap aku).. Jadi, ini laluan kami.
Sg Besar - Teluk Intan - Kg Gajah- Bota - Lumut...
(**2x berhenti & jammed kemalangan sebelum Kg Gajah).
Feri bergerak menuju ke Pulau Pangkor...
Ambil kereta sewa dan menuju ke Palma Beach Resort yg terletak di Teluk Nipah..
Seterusnya menuju ke Pasir Bogak, survey & beli baju sebelum pulang ke resort...
Tiba di resort...
Kami keluar untuk makan malam berdekatan dengan resort..
- Di sepanjang jalan berdekatan resort2 di Teluk Nipah ni, terdapat kedai makan, pakaian & cenderahati... Korang bolehlah melihat2 dan bershopping2... -
Selepas bersarapan, bawa bebudak mandi laut kejap (jgn x merasa)...
Kami bersiap2 untuk keluar lagi. Tujuan utama hari ni untuk beli ole-ole untuk saudara mara & kekawan.. Kami menuju terus ke Kilang Hasil Laut Paksu, selepas itu ke kilang Hai Seng Hin yg terletak kurang 500 meter(korg blh nampak sbb signboard dia besar)...
Selepas shopping, kami meronda2 lagi sekitar pulau sebelum berhenti untuk makan tengahari...
Balik ke resort... hujan lebat,
Xde aktiviti nak buat, so tidur...
(- untuk pengetahuan korang, hujan berterusan lebih 24 jam, kami balik ke Lumut pun masih hujan lagi-)..
Malam ni kami ke Pasir Bogak, tapi hanya tapau makanan je ( x selesa makan kat kedai dalam hujan)...
Check out dalam keaadaan hujan lebat, kami terus ke dobi layan diri yg terletak bersebelahan KFC Pangkor... (lg senang bawa balik baju bersih - xde la penat nak mendobi kat rumah nanti)..
01.00 petang...
Sampai di Jeti Pangkor.
Lepas tinggalkan kereta (owner suruh tinggalkan dengan kunci kereta kat dalam je, jangan kunci pintu). Sempat lagi shopping baju 2 3 helai di kedai2 yg terdapat berhampiran jeti ni...
02.00 petang...
Sampai ke Jeti Lumut...
Makan tengahari dan bergerak pulang ke Sg. Besar...
PERBELANJAAN ;- [ bajet yg diperuntukkan, RM 2000.00 ]
i). TIKET FERI [pergi balik] : RM 57.00 [ RM 14 dewasa (x3), RM 5 kanak2 (x3)]
ii). SEWA KERETA [ x2 malam] : RM 220.00
iii). PENGINAPAN [x2 malam] : RM 360.00
iv). MAKAN [ 3 hari 2 malam ] : RM 388.40 (termasuk jajan & kudapan stall2)
v). MINYAK KERETA SEWA : RM 30.00
vi). OLE2 (MAKANAN) : RM 196.00 (kilang sate & buah otw balik)
vii). BAJU & OLE2 (BARANG) : RM 293.80
viii). PARKING @ LUMUT : RM 31.20 (RM 0.60 sejam)
ix). LAIN2 : RM 87.70
TOTAL : RM 1664.10
* sewa kereta & resort (bilik super duluxe -5/6 org) adalah harga untuk cuti sekolah & weekend
** tidak termasuk minyak kereta dari Kajang & Sg. Besar (RM 100 + RM 45 [redeem point Petron] ) = RM 2.30 seliter
CONTACT PERSON :-
i) EN FENDI (FB: Eafendi Eafendi Hamzah) : TEL / WHATSAPP .. 011 21406998
2) Booking kereta & motor & van
3) Booking resort
4) Sewa bot nak pusing pulau
5) Snorkeling & lain2
- Harga yg bro ni tawarkan sama je macam korang tanya sendiri direct kat owner kereta, resort @ owner bot..
ii) EN RIZAL (PENGURUS PALMA BEACH) : TEL / WHATSAPP .. 012 5017109
OFFICE @ PALMA ... 05 6853693
Tips tambahan untuk yg pergi berkeluarga :-
* bawa beg kosong (beg Tesco) lebih utk isi sate @ bilis yg korang beli kat sana,( jgn campur ngan beg baju, nnt berbau)
** bawa backpack kosong, korang x tau apa yg akan dibeli di sana
*** bawa baju cukup2 je,x perlu extra.. lipat & gulung utk jimatkan ruang
**** ubat nyamuk jgn lupa bawak, nyamuk banyak kat sana.(mana2 resort pun sama)
![]() |
Pandangan dari dalam Palma Beach Resort |
![]() |
Yg ni bilik kitorang (2 pintu) |
![]() |
Ni bilik aku, sblh pintu (kanan) bilik adik ipar ngan anak aku |
![]() |
![]() |
Masjid 1000 selawat @ Masjid Terapung Pulau Pangkor |
![]() |
Kota Belanda |
![]() |
Kota Belanda |
![]() |
Monumen Kapal ni berdepan dgn sign 'PULAU PANGKOR'(kereta tepi tu la kereta sewa aku) |
![]() |
Pantai Teluk Nipah... petang hari pertama |
![]() |
kalau korang ada bajet, bagi burung ni makan roti... |
![]() |
kat sini pun boleh jumpa burung enggang ( BURUNG ENGGANG BELULANG) |
![]() |
ni feri yang kitorang naik untuk pergi balik |
Keadaan laut pagi hari ke3 |
![]() |
Kaunter tiket di jeti Lumut |
![]() |
Bertungkus lumus penduduk tempatan & beach boy keluarkan enjin yg tertimbus dari bot yg pecah |
![]() |
Hujan2 ni xde aktiviti luar, bagi makan burung ni je la |
![]() |
Pangkor Laut Resort... bajet KERAS kalau nak bermalam kat sana |
Ok. Tq, sampai jumpa lagi..
tahun baru pun dah dekat,
SELAMAT TAHUN BARU 2018...
Bye...
27/12/2017