Destinasi ku

Dari Kajang aku berjalan

Jumaat, 8 September 2017

TIPS2 UTK MELANCONG

Assalamualaikum....
Salam sejahtera...

Kali ni aku nak kongsikan tips @ cara2 aku merancang perjalanan aku sebelum pergi melancong...

Ni antara perkara WAJIB yg akan aku buat...

1)... DESTINASI & TARIKH - tentukan mana korg nak pergi melancong & tempoh masa menginap...(klu x, mana nak tau nak p mana), (klu aku, awal2 tahun dah plan)...

2)... BAJET - minyak kenderaan, tambang/tiket, makan minum, tol, penginapan, belanja bebudak, shopping & lain2 perbelanjaan termasuk gst 6% .. pastikan korg ada duit extra dlm atm (debit @ credit kad) utk perkara yg x dijangka... (kna la menabung tiap2 bln... mcm aku, main KUTU. Nak simpan dlm bank, asyik kna korek je) .. 😂😂😂

3)... PENGINAPAN - hotel, chalet, homestay, khemah... booking awal2, selewatnya sebulan sblm.. survey harga kat trivago @ korg bkk google maps kat tempat yg nak pergi tu, nnt korg blh nmpk mcm2 tmpt penginapan yg lain, klik je memana resort/hotel, klu ada no telefon blh trus call & tny harga..klu xde blh cr kat website diorg... (dah ada bajet, br blh pilih nak tido kat mana, nak pilih yg murah @ mahal , xkan nak tido 4, 5 org dlm kreta, seksa namanya.. baik xpayah bwk kluarga pergi melancong)...

4)... AKTIVITI - mandi manda, jelajah kawasan, port makan, tempat2 menarik... yg ni korg blh  cek kat google, bli peta lokasi, tny kawan2 yg pernah pergi, penduduk tempatan ataupun staff kaunter tempat korg menginap, (xkan nak memerap je dlm bilik)...

5)... LALUAN PERJALANAN - google maps, google driving, waze, signboard tanda arah... plan laluan korg utk ke destinasi, samaada nak ikut shortcut @ jln jauh (manatau nak singgah memana sblm ke destinasi utama)... aku guna google maps (utk pantau trafik) ngan baca signboard je, aku suka singgah tempat2 yg aku rasa menarik... (alang2 berjalan, biar skali jalan)... 😅😅

6)... KERETA - kecuali pengangkutan awam... cek kenderaan korg paling lewat sminggu sblm tarikh perjalanan, sehari dua sblm bergerak cek skali lagi (air, minyak hitam, lampu depan blakang menyala ke x)... SAFETY FIRST

7)... PAKAIAN - minimumkan kain baju yg hendak dibawa, bawa backpack je cukup... hatta pergi berkeluarga, sumbat baju anak2 dlm backpack, ini memudahkan korg utk bergerak... berbanding beg beroda, kompom berat, klu naik pengangkutan awam dah menyusahkan diri nak pikul beg besar....

8)... REHAT - pastikan korg dpt rehat yg secukupnya sblm memulakan perjalanan, supaya blh enjoy pabila smp ke destinasi....

9)... MAKANAN EXTRA - jajan, roti, minuman 3 in 1... yg ni perlu ada klu korg merancang utk bermalam, sesetengah tempat x disediakan sarapan, so blh la buat alas perut lps bangun tido... PESANAN PENAJA :- sampah2 & sisa makanan korg tu masukkan la dlm plastik sblm buang dlm tong sampah, jgn tinggal bersepah je dlm bilik @ tepi sungai/laut (bg mkn tikus, nnt org lain lak kna kencing tikus)...tolenrasi sikit

10)... KREATIF - jadilah seorg yg kreatif supaya percutian korg & keluarga lebih seronok, rancang perjalanan korg, banyakkan survey kawasan sekitar tmpt percutian, rajin2 kan jari korg cr dlm google & FB tempat2 menarik & pakej2 yg ditawarkan sesuai dgn bajet... kita pergi melancong bukannya hari2, rajinkan diri untuk ronda2 supaya xde la menyesal lps blk dr bercuti ...

Tu saje kot tips melancong dr aku, klu korg ada tips2 lain blh komen kat bwh... skrg ni aku tgh planning utk bercuti ke Pangkor pulak awal cuti skolah hujung thn ni,nnt aku update crita pasal Pangkor pulak... Jgn lupa buat checklist ok....

- ALANG2 BERJALAN, BIAR SEKALI JALAN-

Jumpa lagi...
Tq.
08092017 ...12.55pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRIP PANGKOR

Assalamualaikum wbt... Salam sejahtera... 27.11.2017 (Isnin)... Dari Kajang ke Sg Besar (rumah mertua)... 28.11.2017 (Selasa)... ...