Destinasi ku

Dari Kajang aku berjalan

Selasa, 17 Mei 2016

Antara KAPAL SELAM & RIVER CRUISE

1 Mei 2016...
Destinasi perjalanan hari ni adalah Melaka...
Tapi kali ni aku memulakan langkah aku dari Port Dickson (sbb aku bermalam di PD)...
Pukul 2.00 ptg start bertolak ke Pantai Klebang, Melaka...
Plan asal nak p singgah tengok2 BUSTEL kat situ, tapi punyalah sesak arini nak cari parking pun susah...
Kalau ikutkan aku, boleh je aku parking jauh2 tu, memandangkan trip kali ni aku bersama hampir seluruh ahli keluarga & ambli kira keadaan mak aku yg x leh berdiri lelama (wheelchair ada, tp jenuh la nak tolak atas pasir tu), so kitorang truskan je ke muzium kapal selam yg berada ke belakang/dalam sikit dr bustel ni...
Ni antara gambar2 yg sempat aku ambil kat muzium ni....

Bayaran masuk 

Baru siap proses mengecat semula

Plat ni kat bwh kapal selam 

Yg belah depan pintu masuk, belakang keluar

Laluan utama dlm kapal selam ni..  (maaf cakap, saiz XXXL aku x syorkan korang masuk sbb ruang tangga yg tinginya kurang separuh dr laluan utama)

Antara ruangan dlm kabin 

Pandangan belakang

2 model jet pejuang yg ada dlm kawasan ni...
(kat area ni ramai org, sbb tempat ni je yg berbumbung)


Sebelah malamnya kitorg pergi ke bandar Melaka... Naik bot menyusuri Sungai Melaka (Malacca River Cruise)....
Punya la ramai org beratur nak naik bot memalam ni  (hujung minggu + public holiday), sementara aku beratur nak tunggu giliran naik bot, adik aku pulak beratur nak beli tiket, so jimat sikit masa (hampir setengah jam gak la aku beratur sblm sampai giliran kitorang)...
Perjalanan pergi balik dari jeti muara Sg. Melaka ke Kg Morten mengambil masa lebih kurang 45minit....



Pemandangan dari jeti Sg Melaka

Antara rumah yg terdapat di Kg. Morten

Muzium Samudera berhampiran jeti

Banyak lg pemandangan yg korang dpt lihat di sepanjang sungai, antaranya lukisan2 grafiti, pelanggan2 restoran yg sedang menjamu selera di belakang kedai, jambatan2 & pokok2 yg dihiasi dgn lampu (yg ni malam je) dan rumah2 di Kg Morten yg sentiasa terang benderang di waktu malam..., Pemandangannya mungkin berbeza pada siang hari...so kalau korang nak tau, try la naik siang & malam...
Satu tips utk korang kalau nak naik river cruise ni, jangan duduk di bahagian depan bot kalau xnak kena renjis dgn air sungai...sebabnya bila bot berselisih, ombak yg bertembung akan memercikkan air ke udara...
Kalau korang duduk kat tengah pun kena juga tempiasnya, tapi hanya sesekali berbanding yg duduk di depan.... 

SAMPAI JUMPA LG...TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRIP PANGKOR

Assalamualaikum wbt... Salam sejahtera... 27.11.2017 (Isnin)... Dari Kajang ke Sg Besar (rumah mertua)... 28.11.2017 (Selasa)... ...