Destinasi ku

Dari Kajang aku berjalan

Khamis, 19 Oktober 2017

Bangi Wonderland... Berbaloi ke?

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

17/10/2017... Selasa

Ni program sebelum ke Pangkor bln dpn. Hari ni bawak anak2 p mandi kat Bangi Wondeland (BW) pula.

Idea wife aku la ni. Kebetulan plak BW buat promosi masuk percuma utk semua yg lahir dlm bln Oktober & November tahun ni..so, wife ngan anak sulong aku dpt msk percuma.. Aku ngan lg 2 org anak aku dpt diskaun 30% (klu bkn cuti sekolah 50%).. jumlah yg aku kna bayar (1 dewasa, 2 kanak2) RM107.70 termasuk cukai....

Antara permainan/ kolam yg terdapat dlm BW ni :-

1) aiskrim kon slide
2) boomerang slide
3) beach pool
4) pirate pool ( kanak2 / family)
5) water jet
6) 6 jenis gelongsor air
7) lazy river
8) jakuzi pool
** ni bkn nama rasmi kat BW ni, korg blh cek kat page rasmi diorg**

Ni kelebihan yg terdapat kat BW :-

1) locker / tempat simpan barang yg boleh dibuka banyak kali dgn sekali bayaran (kunci gelang tangan - mustahil blh hilang).

2) khemah/ astaka di kolam pantai & kanak2 yg mencukupi.

3) tandas dalam kawasan permainan. Xde la seksa nak menahan perut klu emergency (sesetengah waterpark tandas hanya di bilik persalinan).

4) PBSM / Klinik rawatan sementara... bila berlaku kecemasan diorg cepat respon, kalau lukanya besar BW ada sediakan ambulan dan akan hantar ke klinik panel diorg yg berdekatan..

Yg ni antara perkara yg perlu di tambah baik oleh pihak BW :-

1) owning / jaring penghalang cahaya perlu di pasang di beach pool & lazy river (terutamanya)... kebetulan lak hari tu panas (39°), memang blh rentung la klu duk lelama kat beach pool tu, nak mandi pun x selesa klu dah panas sangat (air pun panas)...

2) lazy river cetek sangat (stakat paras lutut org dewasa je).. nak bersantai pun x seronok.. klu dapat sekurang2nya paras pinggang (antara 80 - 100cm)...

3) sambungan gelongsor yg x rata kat pirate pool... klu korang main gelongsor ni, korang akan rasa x selesa bila tiba di sambungannya...

4) makanan & minuman yg mahal... ( mana2 waterpark pun mahal), so seeloknya korg makan dlu sebelum masuk mana2 waterpark, xde la lapar sgt lps sejam dua berendam... **makanan/minuman dari luar dilarang bawa masuk ke waterpark** sebab ni bkn tempat berkelah... 😅😅

Ni harga tiket / kemudahan yg terdapat di BW ni :-

Tiket ;-
Dewasa.. RM 40.60 [58.00]
Kanak2.. RM 33.60 [48.00]
*(harga selepas diskaun 30%.. yg dlm [*] harga asal)

Sewa Locker (ikut saiz) :-
Kecil (hijau).. RM 10.00
Sederhana (kuning).. RM 15.00
Besar (biru).. RM 20.00
  +DEPOSIT.. RM 15.00 (refund)..

Pelampung :-
Sewa... RM 15.00
Deposit... RM 10.00 (refund)..

So... apa pendapat korang? Berbaloi ke dgn nilai wang korg? Klu soalan ni ditanya pada aku.. jawapan aku X..

Kalau dinilai dgn bintang aku cuma blh bg ☆☆ dr 5 bintang...

Yg penting anak2 happy dpt enjoy sesekali...

Ok bye...tq..
Jumpa nnt kat Pangkor...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRIP PANGKOR

Assalamualaikum wbt... Salam sejahtera... 27.11.2017 (Isnin)... Dari Kajang ke Sg Besar (rumah mertua)... 28.11.2017 (Selasa)... ...