2 Oktober 2016...
Hari ini aku bawa keluarga berjalan2 & bermalam di Corus Paradise Port Dickson, (xde pilihan, sbb cari hotel last minit...30/09 baru booking).
Dari Kajang aku ikut LEKAS highway turun di susur keluar Ampangan untuk bersarapan...kemudian kami meneruskan perjalanan ikut Mambau untuk ke Lukut untuk singgah di Alive 3D Art Gallery, yg terletak di belakang pasaraya Giant Lukut (ada signboard rumah 3D, so blh cari kat area situ).
Lepas sejam berada di dalam rumah 3D, kitorg meneruskan perjalanan ke ke bandar Port Dickson, berjalan2 sambil cari makan sblm check in hotel...
Selepas check in, anak2 dah x sabar ajak mandi kolam (pukul 3:00ptg, awal lg kot)...aku hold smp pukul 5:00 baru turun ke kolam. Selepas Maghrib kitorg kluar utk makan malam, dan balik ke hotel semula selepas meronda2... Pagi keesokkannya, skali lg anak2 ajak ke kolam & pantai sblm check out tengahari tu...
Selepas selesai urusan check out (serahan kunci & pemulangan deposit), kami meneruskan perjalan ke Rumah Terbalik PD yg terletak di Teluk Kemang, orang ramai so kena tunggu turn nak masuk...
Sebelum balik ke Kajang, singgah makan dlu...
Bayaran tiket untuk Rumah 3D & Rumah Terbalik. Dewasa RM20. Kanak2 RM15 (xtermasuk bayaran loker RM2 utk simpan kasut di rumah 3D)
Sampai jumpa lagi...
Selamat Tahun Baru 2017